SELAMAT DATANG KE

SRI TAHFIZ NADI AL BAGHDADI BANDAR TAWAU

PENDAFTARAN 2020 DIBUKA SEKARANG!

Sekolah ini bernaung di bawah pengurusan KUMPULAN AL BAGHDADI. Syarikat ini telah memperoleh pelbagai Anugerah daripada Malaysia Book Of Record, antaranya:-

The Largest Quranic Learning Centre

Largest Quranic Tahfiz Centre

First Prenatal Education Programme

Latar Belakang Sri Nadi Tahfiz Al Baghdadi

Sekolah Rendah Integrasi Tahfiz Al Baghdadi (Sri Tahfiz)

Sri Nadi merupakan sekolah rendah yang berasaskan hafazan Al Quran. Mempunyai penerapan 50% pembelajran Al Quran dalam sesi pembelajaran. Selain itu, SRI Tahfiz berteraskan teknik Al Baghdadi dan program Neuro Nadi Al Hafiz Al Baghdadi.

MISI

Melahirkan modal insan yang menghafaz 10 juzu’ Al Quran di peringkat rendah.

Melahirkan modal insan yang boleh menjalinkan hubungan dengan Allah, sesama manusia dan dengan kejadian alam berdasarkan kepada Al Quran dan As Sunnah.

MENGAPA MEMILIH PENDIDIKAN AL QURAN?

MENJADI SATU KEWAJIPAN KEPADA SETIAP MUSLIM UNTUK MEMBANTU SESAMA MUSLIM LAIN MEMPELAJARI AL QURAN

Sebaik-Baik Manusia

Dari Ustman bin Affan radhiyallahu ‘anhu berkata: “Bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sebaik-baik kalian adalah yang belajar al-Quran dan mengajarkannya.” (Hadits riwayat Bukhari). Al Quran menaikkan kedudukan manusia hidup mulia di sisi Allah s.w.t. Bermula dari menjadi pelajar sehinggalah menjadi guru kepada orang lain pula.

Pahala Setiap Huruf

Abdullah bin Mas’ud berkata; Rasulullah s.a.w bersabda: “Barangsiapa membaca satu huruf dari Kitabullah (Al Qur`an), maka baginya satu pahala kebaikan dan satu pahala kebaikan akan dilipat gandakan menjadi sepuluh kali, aku tidak mengatakan ALIF LAAM MIIM itu satu huruf, akan tetapi ALIF satu huruf, LAAM satu huruf dan MIIM satu huruf. (Hadis Sahih Riwayat At-Tirmizi)

Al Quran Terpelihara

Allah telah menjamin pemeliharaan Al Quran dalam firman-Nya bermaksud “Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Qur’an dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya.” (Al-Hijr: 9) Sesuatu yang terpelihara, sudah tentu membawa kedamaian dan ketenangan. Kehidupan mereka yang terlibat dengan pendidikan Al Quran juga InsyaAllah akan terpelihara.

MENGAPA MEMILIH SRI TAHFIZ NADI AL BAGHDADI?

Jenama Yang Dipercayai

Semenjak Tahun 2009, Al Baghdadi menjadi jenama Pendidikan Al Quran yang dipercayai ramai sehingga menarik minat masyarakat membuka Pusat Pembelajaran Al Baghdadi.

Jenama Yang Diiktiraf

Semenjak Tahun 2013 sehingga tahun 2017, Al Baghdadi telah mencipta 7 buah rekod di dalam The Malaysian Book Of Records

Unik & Inovatif

Program dan Produk Al Baghdadi sangat Unik,Kreatif dan Inovatif bagi menghasilkan pembelajaran Al Quran yang seronok dan berkesan.

Anjakan Paradigma

Persepsi dan reaksi pembelajaran Al Quran telah mengalami anjakan paradigma, kelas Al Quran kini lebih menyeronokkan, eksklusif dan lebih berkesan.

ANTARA KELEBIHAN SRI TAHFIZ NADI AL BAGHDADI

  • 50% pembelajaran berteraskan Al Quran.
  • Menggunakan Teknik NADI Al Baghdadi.
  • Mempunyai Kurikulum yang unik berteraskan 3 bahasa Linguistik.

ANTARA MODUL PEMBELAJARAN YANG DISEDIAKAN

  • Kurikulum Standard TAHFIZ (Teknik Neorofisiologi)
  • Kurikulum Standard Linguistik (Bahasa Arab, Bahasa Inggeris & Bahasa Melayu)
  • Kurikulum Standard Akademik (UPSR)
  • Kurikulum Standard DINI (Sijil Rendah Ugama (SRU)
  • Solat berjamaah, Solat Sunat dan zikir harian dititikberatkan dalam rutin harian pelajar.
  • Mata pelajaran akademik seperti Bahasa Melayu Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains akan diajar seperti biasa.
  • Mata pelajaran agama seperti Aqidah, Syariah dan Akhlak juga diberikan kepada pelajar.
  • Para pelajar akan dilatih menggunakan 3 bahasa utama pertuturan harian iaitu Bahasa Arab, Bahasa Inggeris & Bahasa Melayu.
  • Para pelajar akan diberikan menu harian iaitu Sarapan Pagi, Makan Tengah Hari dan Minum Petang.
  • Kelas bermula Jam 7.00 pagi hingga 5.00 petang
  • Kelas yang berhawa dingin untuk keselesaan pelajar.

Melahirkan Huffaz Berakhlak Dan Membentuk Generasi Al Quran

GURU DAN PELAJAR

SRI TAHFIZ NADI AL BAGHDADI BANDAR TAWAU

Inginkan Maklumat Lanjut? Sila Hubungi (Ustaz Roslan Ramli)

LIPUTAN MEDIA

MAJLIS ANUGERAH PELAJAR & IHTIFAL

AKTIVITI HARIAN & LAWATAN SAMBIL BELAJAR